What the mind can conceive and believe, it can achieve

19 December 2008

Buku motivasi untuk rakan2 usahawan..

Rakan2 usahawan.. Sila muat turun di bahagian 'Motivational Books Download'.
1. The Secret - Rhonda Byrne
2. Blue Ocean Strategy - W. Chan Kim & Renee Mauborgne
3. Think & Grow Rich - Napoleon Hill
4. The Art of War - Sun Tzu

14 August 2008

Persatuan Penternak Kambing Malaysia


PENGENALAN

Ternakan kambing di negara kita merupakan satu industri yang dijangka akan berkembang maju dengan pesat berdasarkan kepada keperluan dan permintaan terhadap daging dan hasil ternakan kambing yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pengeluaran hasil kambing masih lagi berada di tahap yang rendah iaitu sekitar 20% dari keperluan sebenar negara. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport bekalan daging daripada negara luar.Memandangkan industri ternakan kambing di negara kita berkembang maju seiring dengan permintaan dan keperluan negara, maka sebuah persatuan yang berkebajikan adalah perlu untuk membantu penternak dan usahawan ternakan kambing di dalam industri ini.

TUJUAN

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) berharap dapat mengumpulkan anggaran seramai 4,000 orang penternak sedia-ada di seluruh negara untuk bernaung di bawah satu organisasi yang akan dapat menjaga kepentingan ahli. PPKM berhasrat untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik membantu ahli bagi memastikan harga makanan ternakan kambing lebih ekonomik dan terkawal. Disamping itu juga ahli akan dapat merujuk permasalahan yang mereka hadapi kepada persatuan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah tersebut seperti penyakit ternakan dan sebagainya.Selain daripada itu, PPKM berhasrat untuk mengadakan sistem pemasaran semua hasil ternakan kambing dengan lebih sistematik dan terancang untuk kepentingan ahli.

MATLAMAT

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menjadikan penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang dapat berkembang maju seiring dengan keperluan dan permintaan terhadap segala hasil ternakan kambing yang semakin meningkat dari masa ke semasa.Membantu kerajaan dalam mempromosikan hasil ternakan kambing seperti susu kambing, Baja Kompos, Daging Kambing, Baka kambing dan lain-lain.Menjadikan industri penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang berdaya maju dengan turut sama mempromosikan Agro Pelancungan di Ladang Ternakan Ahli Persatuan.Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi penternak kambing di negara kita melalui bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh Persatuan.

KEAHLIAN

Keahlian di dalam PPKM adalah tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan berikut :-
Keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia adalah terbuka kepada semua golongan penternak individu dan syarikat yang berdaftar.
Sebagai ahli, penternak hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 20 ekor kambing.
Ahli akan menerima satu Kad keahlian sebagai pengenalan diri dan boleh digunakan untuk mendapatkan potongan harga ketika membeli makanan ternakan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi daripada pembekal yang berdaftar dengan PPKM.
Setiap ahli hendaklah membayar yuran keahlian (tahunan) dan jumlah tersebut akan dimaklumkan kemudian.

KURSUS DAN LATIHAN

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menyediakan kursus dan latihan yang berterusan kepada ahli bagi memastikan semua ahli memdapat bimbingan yang secukupnya di dalam mengusahakan ternakan kambing mereka.
Persatuan akan menganjurkan kursus dan latihan kepada ahli dari masa ke semasa.
Persatuan akan berusaha untuk mendapatkan pembiayaan kursus daripada pihak kerajaan ataupun agensi kerajaan yang lain.Menganjurkan Kursus berkaitan penternakan kambing kepada ahli dari masa kesemasa seperti :-
Kursus Asas Penternakan Kambing
Kursus Lanjutan Penternakan Kambing
Kursus Pengurusan dan Pemasaran Ternakan Kambing
Dan lain-lain lagi.

MAKANAN, UBAT-UBATAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN TERNAKAN

Pada masa sekarang masalah mendapatkan bekalan Makanan dan Ubat-ubatan telah menjadi satu masalah yang besar kepada setiap penternak yang menceburi industri penternakan ini. Ini ditambah dengan kenaikan harga secara mendadak ekoran daripada kenaikan kos bahanapi telah menyebabkan sebilangan besar penternak tidak berkeupayaan untuk menampung kos bahan makanan dan ubat-ubatan tersebut.

Ahli PPKM akan mendapat keistimewaan berikut :-
Mendapatkan POTONGAN HARGA (diskaun) istimewa secara TETAP daripada pembekal Makanan dan Ubat-ubatan di negara kita.
Persatuan akan mengadakan PUSAT JUALAN Makanan dan Ubat-ubatan di setiap negeri.
Melantik AGEN PEMBEKAL Makanan dan Ubat-ubatan disetiap negeri bagi memudahkan ahli mendapatkan keperluan untuk ternakan kambing mereka.

PEMASARAN

Bidang pemasaran adalah satu cabang yang amat menyukarkan penternak.
MEMBANTU ahli memasarkan hasil tenakan kambing.
Mengadakan SISTEM PEMASARAN yang lebih sistematik dan terancang agar ahli dapat memasarkan ternakan mereka dengan lebih berkesan.

LAMAN BLOG


PENUTUP

Dengan adanya persatuan yang berkebajikan ini, diharap industri ternakan kambing di negara kita akan menjadi satu industri yang berdaya maju dan mampu bersaing dengan industri lain.Ianya juga akan dapat membantu penternak di dalam meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka dengan lebih baik dan terancang.


****** BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH ******


14 July 2008

Borang..

Bagi penternak yang tidak mempunyai kompeni profail...sila isikan maklumat tersebut dan hantar kepada saya...terima kasih.

NAMA PENTERNAK:
NAMA SYARIKAT:
NO PENDAFTARAN SYARIKAT:
ALAMAT KANDANG:
BILANGAN TERNAKAN:
JENIS TERNAKAN:
NO. TELEFON:

Terima kasih Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

AMIN AGROTECH FARM
013 222 9976
aminagrotech@yahoo.com
http://aminagrotech.blogspot.com
http://aminagrotech.wordpress.com

Dipetik dari kambingboer@yahoogroups.com

Perlukan Company Profile penternak..!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti tajuk di atas...kami memerlukan company profile penternak-penternak kecil yang masih tercari-cari saluran yang terbaik untuk memasarkan kambing mereka. Tujuan kami adalah untuk menunjukkan pada agensi kerajaan yang terlibat bahawa kita sebagai penternak sememangnya serius berkecimpung dalam bidang ini selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

Tapi pernahkah kita terfikir??? siapakah yang patut menjayakan saranan kerajaan tu?? Di manakah kita nak jual kambing-kambing kita bila membiak esok?? Satu persoalan yang sebenarnya adalah realiti dalam dunia ternakan ini...dan sebab itulah kami rasa industri ternakan/pertanian di Malaysia ini takkan ke mana...dan sampai bila kita nak bergantung pada Australia?? Indonesia?? South Africa??Pernahkah kita terfikir.... adakah baka yang mereka bekalkan pada kita tu baka yang terbaik??

Untuk pengetahuan bakal penternak atau penternak yang baru...sebenarnya di Malaysia sendiri kita dah ada 'breeder' yang bagus...'breeder' yang mampu menghasilkan baka yang lebih baik dari mereka...cuma mereka ni tak expose lagi pada umum atau mungkin mereka ini tidak mempunyai bekalan mencukupi akibat permintaan yang banyak...dan saya percaya...ini berlaku pada penternak yang besar...penternak yang mempunyai 'cable' yang bagus....tapi apa akan jadi pada penternak-penternak kecil macam kami?? Penternak-penternak yang tidak mempunyai 'cable' atau sedara-mara di agensi yang berkenaan??? Fikir-fikirkanlah. ..saya percaya...semua penternak mampu menternak kambing...mampu menghasilkan baka yang terbaik....tapi bila berlaku limpahan baka-baka terbaik itu...di manakah saluran yang sepatutnya kita ikut untuk memasarkan kambing tersebut??

Jadi...sebagai kesimpulannya. ..kami telah berusaha untuk berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan yang sudi membantu kami untuk memasarkan kambing-kambing tersebut... InsyaAllah... niat kami adalah untuk membantu kawan-kawan kami atau sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama sebagai satu pasukan atau 'team' untuk menunjukkan bahawa kita serius dalam bidang ini...itu sebabnya saya memerlukan company profile Tuan-tuan dan Puan-puan untuk dimajukan ke agensi kerajaan yang sudi membantu kita sebagai penternak... dan harapan saya semoga kita akan dapat menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela nasib kita sebagai penternak... takpun sekurang-kurangnya memberi sedikit manfaat pada penternak yang menyertai persatuan tersebut.

Bersatu kita teguh...bercerai kita roboh...semoga usaha murni kami ini mendapat keberkatan dari Allah dan mendapat sokongan dari anda semua!!! AllahuAkbar! !

Dipetik dari kambingboer@yahoogroups.com

AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W)

10 June 2008

Dari Ustaz ke Penternak Berjaya

PASIR MAS, 21 Mei

Hanya dengan tiupan wisel, kambing-kambing berkejaran masuk ke kandang masing-masing.Begitulah gambaran keunikan kambing ternakan yang terdapat di ladang ternakan kambing 'Sunnah Ternak' di Kampung Rong Chenok, di sini.

Pengerusi yang juga pemilik ladang berkenaan, Zulkifli Yaacob, 44, kini boleh tersenyum bangga, walaupun dikatakan masih setahun jagung menjadi usahawan kambing tetapi beliau mampu mencetuskan kelainan kepada kambing-kambing ternakannya yang pelbagai spesies itu.

"Kambing juga boleh diajar. Sejak awal dilatih mengikut arahan menggunakan tiupan wisel dan sekarang mereka sudah betul-betul faham apa yang perlu dilakukan apabila mendengar tiupan wisel," katanya kepada Bernama di sini.

Menariknya lagi, walaupun sedang enak menikmati rumput di padang, kambing-kambing berkenaan segera berhenti dan bersedia untuk masuk ke kandang apabila wisel ditiup.

Bahkan, dengan keluasan dua buah kandangnya yang dikatakan terbesar dan terpanjang di negara ini iaitu seluas 450 kaki kaki 50 kaki persegi setiap satunya itu tidak sedikitpun mengelirukan kambing-kambing berkenaan untuk mengenali dan memasuki kandang masing-masing.

TIADA BAU LADANG TERNAKAN

Bukan itu sahaja, bagaikan sukar dipercayai, ladang ternakan yang sinonim dengan bau busuk dan kotor tidak dialami saat pertama kali menjejakkan kaki ke ladang ini.Walaupun pelbagai spesies kambing dan biri-biri sebanyak 2,500 ekor terdapat di sini namun tiada bau yang membuatkan pengunjung loya sehingga tidak sanggup berada lama di ladang ini."Kami amat mementingkan kebersihan.

Ladang ini juga diwujudkan untuk kunjungan orang ramai."Kalau bau busuk bukan sahaja orang ramai, kami sendiri pun takkan sanggup berada lama di sini," katanya.

Beliau berkata kesemua pekerjanya yang seramai 15 orang terdiri daripada pengurus, doktor haiwan, akauntan, pekerja yang menguruskan haiwan dan pengawal keselamatan kesemuanya tinggal di bilik yang disediakan di tengah-tengah kandang berkenaan."Mereka perlu berada di ladang sepanjang masa untuk menjaga kambing-kambing ini. Di sinilah yang boleh dibuktikan, kalau kandang tidak mempunyai bau dan sentiasa bersih jadi manusia dan haiwan boleh tinggal bersama," katanya.

REALISASI IMPIAN

Mengimbas tercetusnya ide pembukaan ladang yang menelan belanja RM1.5 juta itu Zulkifli berkata, ianya ditubuhkan atas dasar keinginan untuk menjadikan Kelantan sebagai hub pengeluaran daging kambing terbesar di Malaysia.

Bahkan keinginannya itu membuatkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan dahulunya ustaz di Sekolah Maahad Muhammadi di Kota Baharu melepaskan jawatannya untuk merealisasikan impiannya itu.

"Projek ini bermula pada bulan Mei tahun lepas di mana pada awalnya kami bermula dengan memelihara sebanyak 500 ekor kambing dan biri-biri sehingga ia bertambah sebanyak 2,500 ekor sekarang," katanya.

Zukifli berkata kesemua haiwan ternakannya itu dibela di dalam dua buah kandang dan setiap kandang dapat menempatkan lebih 1,000 ekor kambing dan biri-biri dalam satu masa di mana kos pembinaannya melibatkan jumlah sebanyak RM900,000.

Menurutnya jenis kambing yang terdapat di ladang ternakannya itu ialah dari baka Jamnapari Anglo, Jamnapari Cross, manakala jenis biri-biri pula ialah Barbados, Pull Marino dan Dambagarul.

SISTEM PAWAH

Bagi merealisasikan impiannya untuk menjadikan negeri ini sebagai hub pengeluaran daging kambing terbesar di Malaysia, Zulkifli yakin usaha menternak kambing tidak harus dilakukan olehnya sahaja.Atas dasar itu, beliau mengambil inisiatif untuk membiakkan kambing- kambingnya dengan mewujudkan sistem pawah.

"Sistem pawah adalah sistem di mana kami akan memberi lima ekor kambing betina yang telah bunting secara percuma kepada sesiapa sahaja terutama graduan menganggur yang benar-benar berminat untuk menternak kambing.

"Apabila kambing-kambing berkenaan melahirkan anak, kami akan mengambil semula lima ekor kambing berkenaan dengan memberikan kesemua anak-anak kambing yang baru dilahirkan kepada penternak itu untuk dibela," katanya.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 250 ekor kambingnya telah diberi kepada 50 penternak di sekitar negeri ini.Beliau kini memperolehi pendapatan hasil perniagaannya secara puratanya RM50,000 sebulan.

LADANG JADI TEMPAT PELANCONGAN

Ditanya impiannya selain mencipta hub pengeluaran daging kambing terbesar, Zulkifli tersenyum penuh makna.Beliau berkata, masih ada impian lain yang mahu direalisasikan. Menurutnya, dalam tempoh lima tahun akan datang beliau mensasarkan ternakannya meningkat kepada 20,000 ekor.

Bahkan beliau mahu menjadikan ladangnya sebagai sebuah tempat pelancongan yang mesti dikunjungi orang ramai."Kalau boleh mahu buat seperti Safari di Afrika," katanya sambil tersenyum.Selain itu Zulkifli turut mengadakan kursus penternakan kambing secara komersial kepada sesiapa yang berminat bermula Jun ini.

"Kursus ini terbuka untuk semua. Kami hanya mengenakan bayaran RM180 kepada peserta untuk penginapan dan makanan tetapi bagi graduan yang menganggur hanya dikenakan bayaran RM50 sahaja untuk makanan sementara penginapan ditanggung," katanya.

Beliau berkata, bagi sesiapa yang berminat menyertai kursus berkenaan boleh menghubungi Zulkifli Yaacob di talian 019-9678787.

Dipetik dari http://jutawanternak.blogspot.com

28 May 2008

08 May 2008

Lawatan ke kandang Faiz Rembau 07 May 2008

Faiz berbaju hitam, owner kandang.