What the mind can conceive and believe, it can achieve

14 August 2008

Persatuan Penternak Kambing Malaysia


PENGENALAN

Ternakan kambing di negara kita merupakan satu industri yang dijangka akan berkembang maju dengan pesat berdasarkan kepada keperluan dan permintaan terhadap daging dan hasil ternakan kambing yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pengeluaran hasil kambing masih lagi berada di tahap yang rendah iaitu sekitar 20% dari keperluan sebenar negara. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport bekalan daging daripada negara luar.Memandangkan industri ternakan kambing di negara kita berkembang maju seiring dengan permintaan dan keperluan negara, maka sebuah persatuan yang berkebajikan adalah perlu untuk membantu penternak dan usahawan ternakan kambing di dalam industri ini.

TUJUAN

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) berharap dapat mengumpulkan anggaran seramai 4,000 orang penternak sedia-ada di seluruh negara untuk bernaung di bawah satu organisasi yang akan dapat menjaga kepentingan ahli. PPKM berhasrat untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik membantu ahli bagi memastikan harga makanan ternakan kambing lebih ekonomik dan terkawal. Disamping itu juga ahli akan dapat merujuk permasalahan yang mereka hadapi kepada persatuan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah tersebut seperti penyakit ternakan dan sebagainya.Selain daripada itu, PPKM berhasrat untuk mengadakan sistem pemasaran semua hasil ternakan kambing dengan lebih sistematik dan terancang untuk kepentingan ahli.

MATLAMAT

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menjadikan penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang dapat berkembang maju seiring dengan keperluan dan permintaan terhadap segala hasil ternakan kambing yang semakin meningkat dari masa ke semasa.Membantu kerajaan dalam mempromosikan hasil ternakan kambing seperti susu kambing, Baja Kompos, Daging Kambing, Baka kambing dan lain-lain.Menjadikan industri penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang berdaya maju dengan turut sama mempromosikan Agro Pelancungan di Ladang Ternakan Ahli Persatuan.Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi penternak kambing di negara kita melalui bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh Persatuan.

KEAHLIAN

Keahlian di dalam PPKM adalah tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan berikut :-
Keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia adalah terbuka kepada semua golongan penternak individu dan syarikat yang berdaftar.
Sebagai ahli, penternak hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 20 ekor kambing.
Ahli akan menerima satu Kad keahlian sebagai pengenalan diri dan boleh digunakan untuk mendapatkan potongan harga ketika membeli makanan ternakan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi daripada pembekal yang berdaftar dengan PPKM.
Setiap ahli hendaklah membayar yuran keahlian (tahunan) dan jumlah tersebut akan dimaklumkan kemudian.

KURSUS DAN LATIHAN

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menyediakan kursus dan latihan yang berterusan kepada ahli bagi memastikan semua ahli memdapat bimbingan yang secukupnya di dalam mengusahakan ternakan kambing mereka.
Persatuan akan menganjurkan kursus dan latihan kepada ahli dari masa ke semasa.
Persatuan akan berusaha untuk mendapatkan pembiayaan kursus daripada pihak kerajaan ataupun agensi kerajaan yang lain.Menganjurkan Kursus berkaitan penternakan kambing kepada ahli dari masa kesemasa seperti :-
Kursus Asas Penternakan Kambing
Kursus Lanjutan Penternakan Kambing
Kursus Pengurusan dan Pemasaran Ternakan Kambing
Dan lain-lain lagi.

MAKANAN, UBAT-UBATAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN TERNAKAN

Pada masa sekarang masalah mendapatkan bekalan Makanan dan Ubat-ubatan telah menjadi satu masalah yang besar kepada setiap penternak yang menceburi industri penternakan ini. Ini ditambah dengan kenaikan harga secara mendadak ekoran daripada kenaikan kos bahanapi telah menyebabkan sebilangan besar penternak tidak berkeupayaan untuk menampung kos bahan makanan dan ubat-ubatan tersebut.

Ahli PPKM akan mendapat keistimewaan berikut :-
Mendapatkan POTONGAN HARGA (diskaun) istimewa secara TETAP daripada pembekal Makanan dan Ubat-ubatan di negara kita.
Persatuan akan mengadakan PUSAT JUALAN Makanan dan Ubat-ubatan di setiap negeri.
Melantik AGEN PEMBEKAL Makanan dan Ubat-ubatan disetiap negeri bagi memudahkan ahli mendapatkan keperluan untuk ternakan kambing mereka.

PEMASARAN

Bidang pemasaran adalah satu cabang yang amat menyukarkan penternak.
MEMBANTU ahli memasarkan hasil tenakan kambing.
Mengadakan SISTEM PEMASARAN yang lebih sistematik dan terancang agar ahli dapat memasarkan ternakan mereka dengan lebih berkesan.

LAMAN BLOG


PENUTUP

Dengan adanya persatuan yang berkebajikan ini, diharap industri ternakan kambing di negara kita akan menjadi satu industri yang berdaya maju dan mampu bersaing dengan industri lain.Ianya juga akan dapat membantu penternak di dalam meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka dengan lebih baik dan terancang.


****** BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH ******