What the mind can conceive and believe, it can achieve

Free Web Counter

19 December 2008

Buku motivasi untuk rakan2 usahawan..

Rakan2 usahawan.. Sila muat turun di bahagian 'Motivational Books Download'.
1. The Secret - Rhonda Byrne
2. Blue Ocean Strategy - W. Chan Kim & Renee Mauborgne
3. Think & Grow Rich - Napoleon Hill
4. The Art of War - Sun Tzu

14 August 2008

Persatuan Penternak Kambing Malaysia


PENGENALAN

Ternakan kambing di negara kita merupakan satu industri yang dijangka akan berkembang maju dengan pesat berdasarkan kepada keperluan dan permintaan terhadap daging dan hasil ternakan kambing yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pengeluaran hasil kambing masih lagi berada di tahap yang rendah iaitu sekitar 20% dari keperluan sebenar negara. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport bekalan daging daripada negara luar.Memandangkan industri ternakan kambing di negara kita berkembang maju seiring dengan permintaan dan keperluan negara, maka sebuah persatuan yang berkebajikan adalah perlu untuk membantu penternak dan usahawan ternakan kambing di dalam industri ini.

TUJUAN

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) berharap dapat mengumpulkan anggaran seramai 4,000 orang penternak sedia-ada di seluruh negara untuk bernaung di bawah satu organisasi yang akan dapat menjaga kepentingan ahli. PPKM berhasrat untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik membantu ahli bagi memastikan harga makanan ternakan kambing lebih ekonomik dan terkawal. Disamping itu juga ahli akan dapat merujuk permasalahan yang mereka hadapi kepada persatuan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah tersebut seperti penyakit ternakan dan sebagainya.Selain daripada itu, PPKM berhasrat untuk mengadakan sistem pemasaran semua hasil ternakan kambing dengan lebih sistematik dan terancang untuk kepentingan ahli.

MATLAMAT

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menjadikan penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang dapat berkembang maju seiring dengan keperluan dan permintaan terhadap segala hasil ternakan kambing yang semakin meningkat dari masa ke semasa.Membantu kerajaan dalam mempromosikan hasil ternakan kambing seperti susu kambing, Baja Kompos, Daging Kambing, Baka kambing dan lain-lain.Menjadikan industri penternakan kambing di negara kita sebagai satu industri yang berdaya maju dengan turut sama mempromosikan Agro Pelancungan di Ladang Ternakan Ahli Persatuan.Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi penternak kambing di negara kita melalui bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh Persatuan.

KEAHLIAN

Keahlian di dalam PPKM adalah tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan berikut :-
Keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia adalah terbuka kepada semua golongan penternak individu dan syarikat yang berdaftar.
Sebagai ahli, penternak hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 20 ekor kambing.
Ahli akan menerima satu Kad keahlian sebagai pengenalan diri dan boleh digunakan untuk mendapatkan potongan harga ketika membeli makanan ternakan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi daripada pembekal yang berdaftar dengan PPKM.
Setiap ahli hendaklah membayar yuran keahlian (tahunan) dan jumlah tersebut akan dimaklumkan kemudian.

KURSUS DAN LATIHAN

Adalah menjadi hasrat Persatuan untuk menyediakan kursus dan latihan yang berterusan kepada ahli bagi memastikan semua ahli memdapat bimbingan yang secukupnya di dalam mengusahakan ternakan kambing mereka.
Persatuan akan menganjurkan kursus dan latihan kepada ahli dari masa ke semasa.
Persatuan akan berusaha untuk mendapatkan pembiayaan kursus daripada pihak kerajaan ataupun agensi kerajaan yang lain.Menganjurkan Kursus berkaitan penternakan kambing kepada ahli dari masa kesemasa seperti :-
Kursus Asas Penternakan Kambing
Kursus Lanjutan Penternakan Kambing
Kursus Pengurusan dan Pemasaran Ternakan Kambing
Dan lain-lain lagi.

MAKANAN, UBAT-UBATAN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN TERNAKAN

Pada masa sekarang masalah mendapatkan bekalan Makanan dan Ubat-ubatan telah menjadi satu masalah yang besar kepada setiap penternak yang menceburi industri penternakan ini. Ini ditambah dengan kenaikan harga secara mendadak ekoran daripada kenaikan kos bahanapi telah menyebabkan sebilangan besar penternak tidak berkeupayaan untuk menampung kos bahan makanan dan ubat-ubatan tersebut.

Ahli PPKM akan mendapat keistimewaan berikut :-
Mendapatkan POTONGAN HARGA (diskaun) istimewa secara TETAP daripada pembekal Makanan dan Ubat-ubatan di negara kita.
Persatuan akan mengadakan PUSAT JUALAN Makanan dan Ubat-ubatan di setiap negeri.
Melantik AGEN PEMBEKAL Makanan dan Ubat-ubatan disetiap negeri bagi memudahkan ahli mendapatkan keperluan untuk ternakan kambing mereka.

PEMASARAN

Bidang pemasaran adalah satu cabang yang amat menyukarkan penternak.
MEMBANTU ahli memasarkan hasil tenakan kambing.
Mengadakan SISTEM PEMASARAN yang lebih sistematik dan terancang agar ahli dapat memasarkan ternakan mereka dengan lebih berkesan.

LAMAN BLOG


PENUTUP

Dengan adanya persatuan yang berkebajikan ini, diharap industri ternakan kambing di negara kita akan menjadi satu industri yang berdaya maju dan mampu bersaing dengan industri lain.Ianya juga akan dapat membantu penternak di dalam meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka dengan lebih baik dan terancang.


****** BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH ******


14 July 2008

Borang..

Bagi penternak yang tidak mempunyai kompeni profail...sila isikan maklumat tersebut dan hantar kepada saya...terima kasih.

NAMA PENTERNAK:
NAMA SYARIKAT:
NO PENDAFTARAN SYARIKAT:
ALAMAT KANDANG:
BILANGAN TERNAKAN:
JENIS TERNAKAN:
NO. TELEFON:

Terima kasih Tuan-tuan dan Puan-puan semua.

AMIN AGROTECH FARM
013 222 9976
aminagrotech@yahoo.com
http://aminagrotech.blogspot.com
http://aminagrotech.wordpress.com

Dipetik dari kambingboer@yahoogroups.com

Perlukan Company Profile penternak..!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti tajuk di atas...kami memerlukan company profile penternak-penternak kecil yang masih tercari-cari saluran yang terbaik untuk memasarkan kambing mereka. Tujuan kami adalah untuk menunjukkan pada agensi kerajaan yang terlibat bahawa kita sebagai penternak sememangnya serius berkecimpung dalam bidang ini selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

Tapi pernahkah kita terfikir??? siapakah yang patut menjayakan saranan kerajaan tu?? Di manakah kita nak jual kambing-kambing kita bila membiak esok?? Satu persoalan yang sebenarnya adalah realiti dalam dunia ternakan ini...dan sebab itulah kami rasa industri ternakan/pertanian di Malaysia ini takkan ke mana...dan sampai bila kita nak bergantung pada Australia?? Indonesia?? South Africa??Pernahkah kita terfikir.... adakah baka yang mereka bekalkan pada kita tu baka yang terbaik??

Untuk pengetahuan bakal penternak atau penternak yang baru...sebenarnya di Malaysia sendiri kita dah ada 'breeder' yang bagus...'breeder' yang mampu menghasilkan baka yang lebih baik dari mereka...cuma mereka ni tak expose lagi pada umum atau mungkin mereka ini tidak mempunyai bekalan mencukupi akibat permintaan yang banyak...dan saya percaya...ini berlaku pada penternak yang besar...penternak yang mempunyai 'cable' yang bagus....tapi apa akan jadi pada penternak-penternak kecil macam kami?? Penternak-penternak yang tidak mempunyai 'cable' atau sedara-mara di agensi yang berkenaan??? Fikir-fikirkanlah. ..saya percaya...semua penternak mampu menternak kambing...mampu menghasilkan baka yang terbaik....tapi bila berlaku limpahan baka-baka terbaik itu...di manakah saluran yang sepatutnya kita ikut untuk memasarkan kambing tersebut??

Jadi...sebagai kesimpulannya. ..kami telah berusaha untuk berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan yang sudi membantu kami untuk memasarkan kambing-kambing tersebut... InsyaAllah... niat kami adalah untuk membantu kawan-kawan kami atau sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama sebagai satu pasukan atau 'team' untuk menunjukkan bahawa kita serius dalam bidang ini...itu sebabnya saya memerlukan company profile Tuan-tuan dan Puan-puan untuk dimajukan ke agensi kerajaan yang sudi membantu kita sebagai penternak... dan harapan saya semoga kita akan dapat menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela nasib kita sebagai penternak... takpun sekurang-kurangnya memberi sedikit manfaat pada penternak yang menyertai persatuan tersebut.

Bersatu kita teguh...bercerai kita roboh...semoga usaha murni kami ini mendapat keberkatan dari Allah dan mendapat sokongan dari anda semua!!! AllahuAkbar! !

Dipetik dari kambingboer@yahoogroups.com

AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W)

10 June 2008

Dari Ustaz ke Penternak Berjaya

PASIR MAS, 21 Mei

Hanya dengan tiupan wisel, kambing-kambing berkejaran masuk ke kandang masing-masing.Begitulah gambaran keunikan kambing ternakan yang terdapat di ladang ternakan kambing 'Sunnah Ternak' di Kampung Rong Chenok, di sini.

Pengerusi yang juga pemilik ladang berkenaan, Zulkifli Yaacob, 44, kini boleh tersenyum bangga, walaupun dikatakan masih setahun jagung menjadi usahawan kambing tetapi beliau mampu mencetuskan kelainan kepada kambing-kambing ternakannya yang pelbagai spesies itu.

"Kambing juga boleh diajar. Sejak awal dilatih mengikut arahan menggunakan tiupan wisel dan sekarang mereka sudah betul-betul faham apa yang perlu dilakukan apabila mendengar tiupan wisel," katanya kepada Bernama di sini.

Menariknya lagi, walaupun sedang enak menikmati rumput di padang, kambing-kambing berkenaan segera berhenti dan bersedia untuk masuk ke kandang apabila wisel ditiup.

Bahkan, dengan keluasan dua buah kandangnya yang dikatakan terbesar dan terpanjang di negara ini iaitu seluas 450 kaki kaki 50 kaki persegi setiap satunya itu tidak sedikitpun mengelirukan kambing-kambing berkenaan untuk mengenali dan memasuki kandang masing-masing.

TIADA BAU LADANG TERNAKAN

Bukan itu sahaja, bagaikan sukar dipercayai, ladang ternakan yang sinonim dengan bau busuk dan kotor tidak dialami saat pertama kali menjejakkan kaki ke ladang ini.Walaupun pelbagai spesies kambing dan biri-biri sebanyak 2,500 ekor terdapat di sini namun tiada bau yang membuatkan pengunjung loya sehingga tidak sanggup berada lama di ladang ini."Kami amat mementingkan kebersihan.

Ladang ini juga diwujudkan untuk kunjungan orang ramai."Kalau bau busuk bukan sahaja orang ramai, kami sendiri pun takkan sanggup berada lama di sini," katanya.

Beliau berkata kesemua pekerjanya yang seramai 15 orang terdiri daripada pengurus, doktor haiwan, akauntan, pekerja yang menguruskan haiwan dan pengawal keselamatan kesemuanya tinggal di bilik yang disediakan di tengah-tengah kandang berkenaan."Mereka perlu berada di ladang sepanjang masa untuk menjaga kambing-kambing ini. Di sinilah yang boleh dibuktikan, kalau kandang tidak mempunyai bau dan sentiasa bersih jadi manusia dan haiwan boleh tinggal bersama," katanya.

REALISASI IMPIAN

Mengimbas tercetusnya ide pembukaan ladang yang menelan belanja RM1.5 juta itu Zulkifli berkata, ianya ditubuhkan atas dasar keinginan untuk menjadikan Kelantan sebagai hub pengeluaran daging kambing terbesar di Malaysia.

Bahkan keinginannya itu membuatkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan dahulunya ustaz di Sekolah Maahad Muhammadi di Kota Baharu melepaskan jawatannya untuk merealisasikan impiannya itu.

"Projek ini bermula pada bulan Mei tahun lepas di mana pada awalnya kami bermula dengan memelihara sebanyak 500 ekor kambing dan biri-biri sehingga ia bertambah sebanyak 2,500 ekor sekarang," katanya.

Zukifli berkata kesemua haiwan ternakannya itu dibela di dalam dua buah kandang dan setiap kandang dapat menempatkan lebih 1,000 ekor kambing dan biri-biri dalam satu masa di mana kos pembinaannya melibatkan jumlah sebanyak RM900,000.

Menurutnya jenis kambing yang terdapat di ladang ternakannya itu ialah dari baka Jamnapari Anglo, Jamnapari Cross, manakala jenis biri-biri pula ialah Barbados, Pull Marino dan Dambagarul.

SISTEM PAWAH

Bagi merealisasikan impiannya untuk menjadikan negeri ini sebagai hub pengeluaran daging kambing terbesar di Malaysia, Zulkifli yakin usaha menternak kambing tidak harus dilakukan olehnya sahaja.Atas dasar itu, beliau mengambil inisiatif untuk membiakkan kambing- kambingnya dengan mewujudkan sistem pawah.

"Sistem pawah adalah sistem di mana kami akan memberi lima ekor kambing betina yang telah bunting secara percuma kepada sesiapa sahaja terutama graduan menganggur yang benar-benar berminat untuk menternak kambing.

"Apabila kambing-kambing berkenaan melahirkan anak, kami akan mengambil semula lima ekor kambing berkenaan dengan memberikan kesemua anak-anak kambing yang baru dilahirkan kepada penternak itu untuk dibela," katanya.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 250 ekor kambingnya telah diberi kepada 50 penternak di sekitar negeri ini.Beliau kini memperolehi pendapatan hasil perniagaannya secara puratanya RM50,000 sebulan.

LADANG JADI TEMPAT PELANCONGAN

Ditanya impiannya selain mencipta hub pengeluaran daging kambing terbesar, Zulkifli tersenyum penuh makna.Beliau berkata, masih ada impian lain yang mahu direalisasikan. Menurutnya, dalam tempoh lima tahun akan datang beliau mensasarkan ternakannya meningkat kepada 20,000 ekor.

Bahkan beliau mahu menjadikan ladangnya sebagai sebuah tempat pelancongan yang mesti dikunjungi orang ramai."Kalau boleh mahu buat seperti Safari di Afrika," katanya sambil tersenyum.Selain itu Zulkifli turut mengadakan kursus penternakan kambing secara komersial kepada sesiapa yang berminat bermula Jun ini.

"Kursus ini terbuka untuk semua. Kami hanya mengenakan bayaran RM180 kepada peserta untuk penginapan dan makanan tetapi bagi graduan yang menganggur hanya dikenakan bayaran RM50 sahaja untuk makanan sementara penginapan ditanggung," katanya.

Beliau berkata, bagi sesiapa yang berminat menyertai kursus berkenaan boleh menghubungi Zulkifli Yaacob di talian 019-9678787.

Dipetik dari http://jutawanternak.blogspot.com

08 May 2008

Lawatan ke kandang Faiz Rembau 07 May 2008

Faiz berbaju hitam, owner kandang.








06 May 2008

Kebesaran ALLAH S.W.T


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

Tidak semua peristiwa alam dapat dijelaskan dengan akal. Dalam koleksi ini disajikan keajaiban alam. Koleksi ini di kumpulkan sedikit demi sedikit dari internet.

Bukti bahawa Bulan pernah Terbelah,Sekaligus ini membuktikan kebenaran dari Al-Qur'an surah Al-Qamar, ayat 1 : "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah "(Q.S. Al-Qamar: 1)"




Telur berkalimah ALLAH


Kalimah Allah terbentuk di Langit, pada waktu Senja ( Matahari Terbenam )



Pohon Kaktus yang tumbuh membentuk kalimah Allah.


Buah Labu



Kalimah Allah tertulis dengan Jelas di Tanah Africa, di lihat dari satelit.




Kalimah Allah di Lautan , di lihat dari Satelit




Dua tempat suci umat islam, di lihat dari atas satelit, berkilauan


Kalimah Allah di Langit Ciputat. (Foto : Andie wibianto)


Tulisan Allah di buah Terong



Yang terbaru adalah jilatan api saat terjadi ledakan di paip gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, jalan Tol Porong-Gempol KM 38 22 November 2006 lalu. Api yang membubung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk kalimah Allah dalam tulisan Arab beberapa saat. (Foto: Samuel Johnson)




SEBATANG POHON SENDUDUK DENGAN BERBENTUK HURUF JAWI ALIF, LAM, LAM, HA ATAU EJAAN 'ALLAH' ."Allah Hu Akhbar."Terima kasih buat Ahmadi dari Malaysia yang sudah mengirimkan photo ini.


Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi "Allah".
(Foto: Globalsecurity.org)



Masjid di Meulaboh, Aceh, yang berkubah warna gelap ini tampak tetap berdiri. Sejumlah bangunan di sisi-sisinya tampak tidak tersisa tersapu tsunami. (Foto: Setpres/Dudi Anung)



Masjid di salah satu sudut kota Meulaboh ini tampak tetap berdiri kukuh.Bangunan di sekitarnya roboh tersapu gelombang tsunami, kecuali pohon kelapa. (Foto: Indra Shalihin)





LEBAH YANG MENULIS "ALLAHU"(Those who are familiar with Arabic will easily be able to identify what this beehive spells - "Allahu")




Akan terlihat dengan jelas kalimah "Allah" pada batu permata tersebut bila disinari dengan cahaya




Mawar Merah di Angkasa"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak"(Ar-Rahman: 37)
Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan teleskop yang sangat canggih. Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu pada surah Ar-Rahman di atas.




POHON YANG SEDANG RUKUKThis is a recently discovered phenomenon in a forest near Sidney. As you can see, the bottom half of the tree trunk is bowed in such a way that it resembles a person in a posture of Islamic prayer - the 'ruku'. Looking closer you can see the 'hands' resting on the knees. the most amazing thing is that the 'man' is directly facing the Kaaba, Mecca which is the direction Muslims all over the world face when in prayer.




Sesungguhnya ALLAH Maha berkuasa dan dapat menjadikan apa saja yang pernah ataupun tidak pernah terfikir oleh manusia.Ini merupakan keajaiban alam ciptaan ALLAH.




THE FISH TESTIFIES THE PROPHET (S.A.W)The story of the fish began when Mr. Goerge Wehbi, a Christian Lebanese, was practicing his fishing hobby, in Dakar Senegal (the Capital of West Africa). He caught many fish. When the went home his wife saw among them a strange fish about 50cm length, with some arabic writing on it. He took it to Sheikh al-Zein, who read clearly what was writen in a natural way. That could not be done by a human being, but rather a Godly Creation which the fish was born with. He read "God's Servant" on its belly and "Muhammad" near its head, and "His Messenger" on its tail




LAA ILAA HA ILLALLAH WRITEN IN BRANCHES One brother on Germany wrote and sent this photo. "The branches clearly say in Arabic that- There is no god but Allah. This is said to be a scene on a piece of cultivated farmland in Germany. Many Germans have been said to have embraced Islam upon seeing this miraculous sight and that the German government put steel fences around the part of the farm to prevent people from visiting and witnessing this miraculous site"



Kalimah "Allah" yang terbentuk di telinga seorang bayi



Awan yang membentuk kalimah "Allah", kejadian ini diabadikan oleh seseorang di Mekah



MOSQUE STILL STANDS AFTER EARTHQUAKE IN TURKEY mosque still stands amidst the rubble of collapsed buildings in this aerial view of a neigborhood in the western Turkish town of Golcuk, 60 miles east of Istanbul, August 19, 1999. The death toll from western Turkey's worst recorded eartquake surpassed 6,000, as hope waned of finding any of the thousands still missing under the mountains of rubble.






Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).Foto ini dari teman saya sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !!

Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat. Sampai sekarang masjid "dome of rock" ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang
Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".
Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

28 April 2008

Pembekal Makanan Ternakan

Kuala Lumpur

Central Feedmills Sdn. Bhd.
03 6256 2800
11 Kawasan Perindustrian Barat,
Jinjang New Village, Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur

Sin Hen Feedmills Sdn. Bhd.
03 6256 5736
3563 Jalan Tun Razak, Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur
Selangor

Cargill Feed Sdn Bhd.
03 3101 1880
Lot No. 55711, Dry Bulk Terminal,
Jalan Mawar, Pulau Indah (West Port),
42009 Kelang

Federal Flour Mills Bhd.
03 6156 5888
Lot 2832, Batu 15 ½,
Sg Pelong,
47000 Sg Buloh

Feedmill Malaysia Sdn. Bhd.
03 7956 6477
3 Jalan Semangat ,
46100 Petaling Jaya

Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
03 3176 6180
Jalan Parang, Pelabuhan Utara,
42000 Port Klang

KFC Integrated Poultry Industry Sdn. Bhd.
03 3176 6951

03 3176 6952
03 3176 6953
Jalan Parang, Pelabuhan Utara,
42007 Pelabuhan Kelang

Yee Lee Feed Mill Sdn. Bhd.
03 7876 4509
4 Road 241, Section 51-A,
46100 Petaling Jaya

Melaka

Cargill (M) Sdn. Bhd.
06 232 0633
174 Kawasan Perusahaan Ayer Keroh,
75450 Melaka

Charoen Pokpand Feedmills Sdn. Bhd.
06 677 1801
Lot 10 Miel Building,
Senawang Industrial Estate,
70450 Melaka

Chin Siew Few.
06 282 6026
7.75 Mile Paya Rumput,
76450 Melaka

Gymtech Feedmills (Leong Hup).
06 351 2992
Lot 13-A, Kawasan Perindustrian Alor Gajah,
Bukit Rambai,
75250 Melaka

Ideal Multifeed (M) Sdn. Bhd.
06 351 8303
51, Jalan Pengkalan Fama,
75100 Melaka

Sin Heng Chan (M) Bhd.
06 283 6595
82, Jalan Kilang,
78000 Melaka

Sin Mah Multifeed Sdn.Bhd.
06 556 2445
AG 5730 Kawasan Perindustrian,
78000 Melaka.

Johor


Cemerlang Tani Sdn Bhd
Kota Tinggi Johor
Tuan Noor 016 769 5669
En. Amirul 012 591 2007
Cik Liyana 012 794 9082
cemerlang_tani@yahoo.com

Gim Him Feedmill Sdn. Bhd.
07 236 1617
309, 6.5 Mile Jalan Skudai,
80200 Johor Bharu

Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
07 237 1603
33, Jalan Petaling,
Larkin Industrial Estate,
80350 Johor Bharu

Johor Bharu Flour Mill Sdn. Bhd.
07 251 2211
Kawasan Lembaga Pelabuhan Johor,
81700 Pasir Gudang

Lian Tai Feedmill Sdn.Bhd.
07 354 1384
7.25 Mile, Jalan Kota Tinggi,
81700 Johor Bharu

Pahang

Sin Heng Chan (East Cost) Sdn. Bhd.
09 583 4344
Kawasan Perindustrian Gambang,
26080 Kuantan, Pahang


Perak

Dindings Soya & Multifeed Sdn Bhd.
05 261 9055
Jalan David Sung, Batu Undan,
32200 Lumut

Nam Yong Huat Chop.
05 546 1091
1 Lorong Pasar, Jalan Timor 1,
31900 Kampar

Pulau Pinang

Ang Hock Stockfeeds Mfg. Sdn Bhd.
04 323 2817
369 Sungei Puyu,
13020 Butterworth

Anglo- Malayan Trading Co. Sdn. Bhd.
04 828 0378
8-B, Jalan Jelutong,
11600 Penang

Cargill (M) Sdn. Bhd.
04 320 8727
2400 MKI Tingkat Perusahaan 2,
Prai Industrial Estate,
13600 Prai

Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
04 323 7631
4842 Jalan Permatang Pauh,
13400 Butterworth

Leong Huat Farming Sdn. Bhd.
04 582 4590
1306 MK 4, Jalan Tasek,
Kg Valdor.
14200 Sg. Bakap

Liang Teik Trading Co Sdn. Bhd.
04 582 4422
1466 MK 15, Valdor Village,
14200 Sg. Bakap

Soon Soon Oil Mills Sdn. Bhd.
04 390 8197
948 Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam

Teoh Huat Feedmill Sdn. Bhd.
04 583 1422
3246 Jalan Besar,
14300 Nibong Tebal

Tong Giap Feedmills Sdn. Bhd.
04 593 4098
3245-6, Main Road,
14300 Nibong Tebal

Pin Wee Feedmills Sdn.Bhd.
04 390 1116
972-973 , Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh

Zue Guan Feedmills Sdn. Bhd.
04 588 7458
1598 Jalan Bukit Tambun,
14100 Simpang Ampat

Sabah

Desa Cargill
08 842 8996
08 842 1376
Lot 52, Lorong Sebor ,
Jalan Kolombong, Off Jalan Tuaran,
88849 Kota Kinabalu

Fedflour Trading (Sabah) Sdn. Bhd.
08 842 6310
08 842 9640
08 842 9641
P.O. Box 14327,
88849 Kota Kinabalu

Sabah Flour & Feedmill Sdn. Bhd.
08 741 2211
Pulau Enroe, Ranca-Ranca Industrial,
P.O. Box 382,
87008 Labuan

Sarawak

Gold Coin (Sarawak) Sdn. Bhd.
08 233 3996
Kawasan Perindustrial Bintawa Pending,
1149 Jalan Tenaga,
93450 Kuching

Heng Feng Industrial Sdn. Bhd.
08 248 0560
Lot 1333 Section 66,
Jalan Mesawa Industrial Estate,
93450 Kuching

Kuching Feedmill Sdn. Bhd.
08 233 6093
37 Upper China Street ,
Kawasan Perindustrian Pending

Redflour Trading (Sarawak) Sdn. Bhd.
08 248 2751
Lot 974 Pending Industrial Estate,
93450 Kuching

Sarawak Fodder Co. Sdn. Bhd.
08 233 3287
127 Pandungan Road,
Kawasan Perindustrial Pending,
P.O Box 286,
93704 Kuching

Tong Kwong Feedmills Co. Sdn. Bhd.
08 233 2685
Batu 2.5, Jalan Pending,
93450 Kuching

14 April 2008

Senarai pembekal ubatan ternakan

Lazuli Sdn Bhd
19, Jalan SS 5A/11, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7874 9244

Life (Veterinary) Sdn Bhd
115, Taman AST, Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 761 5575

Ideal Multifeed (M) Sdn Bhd
No. 9578, Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Tanjong Kling, Melaka
Tel : 06 351 8303

Biomin (M) Sdn Bhd
No 29, Jalan Batai Laut 3, Kawasan 16, Taman Intan, Klang, Selangor
Tel : 03 3342 9663

Eli Lilly (M) Sdn Bhd
Unit 3A01, Level 3A, Block C Damansara Intan,
No. 1 Jalan SS20/27, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7729 3208

ABEE Consultant Sdn Bhd
17, Jalan PJS 11/16,Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 5634 7099

Agritech Enterprise Sdn Bhd
22, Jalan SS4C/5, Taman Rasa Sayang, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7803 3226

Alltech Biotechnology Corp Ltd
Unit 926 9th Floor, Block A, Damansara Intan, No 1 Jalan SS 20/27,

Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7118 2580

Animal Health Centre
No 39, Tingkat Kurau 4, Chai Leng Park, Perai, Pulau Pinang
Tel : 04 390 1771

Berg & Schmidt Malaysia Sdn Bhd
1st Floor, Wisma Paos, No 65, Persiaran Selangor, Section 15, Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5513 5461

Ceva Animal Health Asia Pacific
3.06,Level 3,Wisma Academy,Lot 4A,Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7957 4440

Champion Pedigree Sdn Bhd
22 Jalan SS15/4, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5880 9288

Chia Chu Long Trading Co
Wisma KGN, Block 123-G-07 Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 04 262 9725

Elanco Animal Health
Unit 3A01, Level 3A, Block C, Damansara Intan, No.1, Jalan SS 20/27,

Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7727 3836

Farm Care Sdn Bhd
48-3,Jalan Radin Tengah Seri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel : 03 9057 3669

Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd
Jalan Parang, Pelabuhan Utara, P.O.Box 68, Port Klang, Selangor
Tel : 03 3176 7311

Great Wall Nutrition Technologies Sdn Bhd
Plot 511 Zone 12, Jalan Keluli ,Pasir Gudang Kawasan Perindustrian,

Pasir Gudang, Johor
Tel : 07 251 7212

Horse City Sdn Bhd
No. 28, Jalan PBS 14/6, Taman Perindustrian Bukit Sri Kembangan, Serdang, Selangor
Tel : 03 8948 3809

Lintrachem Enterprise Sdn Bhd
21 & 23 Jalan TS 6/10A, Taman Industri Subang, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5633 0408

Ming Enterprises
4, 1st Floor, Jalan SS 2/66, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7874 6750

Pacific Vet Group (M) Sdn Bhd
Bay C8 Lot 886, Jalan Subang 9, Taman Industri Sungai Penaga,

Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8024 9508

Pfizer (M) Sdn Bhd
Level 3 & 4, Bangunan Palm Grove, No. 14, Jalan Glenmarie (Persiaran Kerjaya),

Section U1, Shah Alam, Selangor
Tel : 03 5568 6688

Phibro Corporation (M) Sdn Bhd
Suite W308, West Tower Wisma Consplant 1, No 2,

Jalan SS 16/4, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5634 1238

Pin Wee Group Bhd
Plot 31, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 9,

Taman Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel : 04 508 1099

Predicare Corner
25, Jalan SS 15/8B, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5636 8164

Pusat Haiwan Koh
3, Jalan Temenggong 11, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor
Tel : 07 558 8055

Rhone Ma (M) Sdn Bhd
Lot 18B, Jalan 241, Seksyen 51A, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7873 7355

SCC Corp Sdn Bhd
No. 19-21, Jalan Hujan, Taman Overseas Union,

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel : 03 7782 8384

SPCB Sdn Bhd
No. 67, Jalan Jagong, Pandamaran, Port Klang, Selangor
Tel : 03 3168 6214

Trizon Enterprise Sdn Bhd
No. 12, Jalan U5/28 (PS) , Seksyen U5 (Panasuria), Shah Alam, Selangor
Tel : 03 7846 2558

VP Marketing Sdn Bhd
31-2, Jalan Radin Anum Dua, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur,
Tel : 03 9057 5768

Vemedim Sdn Bhd
No. 60, Jalan Permai 1/33, Subang Permai, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8024 7118

Yau Enterprise Sdn Bhd
No 1 Jalan PJS 11/ 18, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 5633 0071

12 April 2008

Design kandang

Design sendiri kandang nih before hantar pada draftmen. Pada abang - abang penternak yang lebih otai, boleh tak bagi suggestion design kandang.

Lawatan ke Munasahah 05 April 2008

1. Checkpoint pertama, Al Safa. Sebelum bertolak ke Klang.


2. Sampai di Munasahah Livestock

3. En. Mahathir memberi penerangan tentang kambing.

4. Ilmu yg dicurahkan di tulis di dalam buku supaya tidak lupa di kemudian hari.


5. Kambing tu pejam mata, macam layan ja hang pegang. haha..
*Nota: Terima kasih pada En. Mahathir Munasahah, kerana sanggup luangkan masa untuk kami.